My Blog List

Saturday, January 25, 2014

Think positive.

Hello reader ! Sihat tak?? Aku akhir-2 nie tak berapa sihat sikit, nak kata demam tak jugak, tapi panas dalam sampai hidung berdarah . Huh ! I hate blood !! X( . Ok, aku dah lama tak update kat sini sebab aq busy sangat-2, busy dengan homework yang bertimbun yang kadang-2 tu aku tak sempat nak siapkan waktu malam, kena bangun awal pagi dan siapkan . Tension beb ! Tension dengan keadaan yang terlalu mendesak dan memaksa . Mungkin orang sekeliling aku tengok aku nie ceria dan periang tapi di sebalik tu, no one know . Banyak masalah yang melanda aku akhir-2 nie sampai aku rasa give up sangat-2 . Tapi, setiap kali aku rasa give up, aku akan teringat ayat al-baqarah nie :

Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.
-Al-baqarah (286)-

Bila aku teringat je ayat nie, serta merta aku jadi tenang semula . Kadang-2 tu pernah aku menangis sebab masalah dalaman aku sendiri . Diri aku seakan-2 berbalah tentang perkara yang aku sendiri tak pasti apa . Tapi, lepas tu aku akan okay sendiri . Orang kata buat apa kita mengenangkan masalah, semakin kita kenangkan masalah, makin kita rasa berat dengan masalah tu . So, just enjoy your life . Hidup sekali je, buat apa kita bebankan diri kita dengan masalah . Walaupun satu hari nanti diri kita akan dilanda masalah yang besar sekalipun, just ingat Allah sentiasa ada untuk kita dan hadapinya dengan senyuman . Jangan gelabah, tanamkan sifat tenang dalam diri kita . So, orang takkan tahu masalah kita . :) . Bila aku dilanda masalah, aku akan buat bagaikan masalah tu tak wujud walauapun ia agak susah . Satu-2 nya masalah yang aku tak dapat nak elakkan ialah hati aku . Senang sangat suka ngan orang, tak kira lah melayu ke cina . Kalu boleh, aku nak suka ngan semua lelaki yang hensem dan comel . Erk?? Tak betul agaknya . Hahaha . Hati aku tak boleh nak tetap dengan orang, sekejap je suka, then tak suka balik . Huhu . Semua nie jadi secara tiba-2 . Hurm, entahlah . Aku hope hati aku akan tetap bila aku jumpa dengan jodoh dan merupakan pasangan aku ke syurga-Nya . Amin .

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesutau padahal ia amat buruk bagimu . Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui .
-Al-baqarah (216)-

Dan lastly pasal cubaan dan dugaan yang melanda tu, just ingat bahawa Allah nak uji tahap keimanan kita . So, just leave it ! Jangan difikirkan masalah tu . Nasihat nie pun untuk diri aku jugak . Sama-2 lah kita menuju ke arah kebaikan . XD

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu
(cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka
dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah
Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya . "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" .
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat .
-Al-baqarah (214)-

Ok lah, bye2 . See u next time .
# Wahai crush, aku harap kau merupakan jodohku . Amin . :)))

No comments:

Post a Comment

Sky Blue Bow Tie